Wednesday, November 19, 2008

...::Rasa nak Mencarut::...

Lagu ramli sarip :
“Aku menulis bukan kerna nama...”

Lagu aku :
“Aku menulis bukan kerna apa...”

Dua pendirian yang sungguh berbeza... Mungkin Ramli Sarip nyanyi lagu tu atas dasar mencintai seseorang @ mencintai sesuatu. Tapi aku menulis atas dasar tak puas hati, nak mencarut je setiap masa. Tapi paling kuat pun aku lebih suka lepaskan pada diri sendiri. “Fucklah”... @ lebih suka berbisik “...bodoh...”

Orang menulis bukan kerna suka-suka. Mesti ada alasan sendiri @ mesti ada motif. Jadi, aku menulis blog pon mesti ada motif.

Insan yang beri aku aspirasi untuk menulis blog dengan lebih rajin ialah budak diberi nama Shykin... nama handphone aku bagi die McChicken (sori la beb kalau lu marah) tu je yang sesuai... Dia pernah bagitau aku, bila aku tanya... “ape je yang nak ditulihkan kat blog nih?” Jawapannya sungguh mudah, “Tulih je apa yang rasa nak tulih”...

Pada pendapat aku, penulisan blog ni ada jugak bahayanya... paling minima kecelakaan yang dapat dikesan ialah boleh buat orang kecik hati. Sebab aku pernah rasa macam tu. Tapi aku tak dapat buat apa-apa pun... Hak orang nak menulis. Biarkan je la... yang penting jangan ada unsur-unsur menfitnah. Setakat nak bakar-membakar kira ok la tu.

Masuk balik ceritera aku asyik nak mencarut je dalam hati hari ini... hari ni aku rasa macam C*&@i... dalam 10 kali aku ‘call’ orang... sorang je yang angkat. Itupun lepas tu dah tak dapat ‘call’ balik. Mulalah aku mencarut dalam hati... Tapi bila dipikirkan semula, kenapa masih lagi aku nak ‘call’ bila orang dah takmau angkat... Itu namanya degil. Siapa yang suruh kau ‘call’.

Kedegilan tu kadang-kadang membawa padah gak... dengan sifat angkuh’nye’ aku ditumpaskan lagi hari ini. “Fuck...” Sani...!!! tolonglah... sampai bila siot...


1...@>--- 2...@>--- 3...@>---XX....4
few days to go...

Johnie Walker : Keep Walking

No comments: