Wednesday, December 23, 2009

bAHAsa KU... artikel 152 (1)

Kempen memperkukuhkan kuasa artikel 152 (1)

Bila masa yang sesuai untuk guna bahasa kebangsaan? (sesuai ke soalan nih)

*artikel ni memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan…

Kelmarin aku dijemput ke majlis makan malam anjuran Dewan Bahasa & Pustaka…
… awal2 lagi aku dah lupa apa nama majlis tu.. ish2…

Pada pendapat aku… ada yang tak kene dengan kempen diorang nih…

Strategi kempen yang tak berapa berkesan la…

Contohnya, masyarakat hanya tahu perkataan “ BAHASA JIWA BANGSA”, “CINTAILAH BAHASA KITA”, BULAN BAHASA KEBANGSAAN & lain-lain…

Pihak yang berkempen untuk DBP ni nampak gayanya hanya menghabiskan duit tu je la…

Kalau nak berkempen dengan budak-budak sekolah… senang lah… sebab masa kat sekolah je la ada ativiti berpuisi… tulis karangan dalam bahasa Melayu, berpantun… & sebagainya lah berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan ni…

Tapi… kalau dah beralih dari zaman sekolah ke zaman bekerja.. apa tindakan diorang?

Akhirnya…orang ramai jugak dipersalahkan sebab tak ambil serius terhadap bahasa kebangsaan sendiri…

Aku sendiri tak tahu ARTIKEL 152 (1) TU DIGUNAPAKAI @ DIKUATKUASAKAN SEBAGAI SATU UNDANG-UNDANG ATAU APA???

SEBABNYA.. tiada penjelasan yang umum terhadap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan…

Dan… terlampau banyak perkara yang bercanggah kat Malaysia nih… bila kita perjuangkan Bahasa Melayu mula ada yang mencarut mengatakan kita cuba pertikaikan kedudukan bangsa lain… apahal?

Bos aku pernah pesan kat aku… Bahasa Melayu tu bahasa yang indah… sangat indah…

Sunday, December 20, 2009

my fren...

"People never know how special someone is until they leave, but maybe sometimes its important to leave, so they are given that chance to see how special that someone really is!"

Saturday, December 19, 2009

Kerajaan Selangor Yang Agak Lantang...

Ayat mane nak gune?... hero rakyat @ gengster....

Aku baca 'the malay mail'(friday 18 dec 2009)

*After-office hour Interrogation of witnesses By MACC
" S'GOR SAYS TO HELL WITH COURT RULING "

PERLU ke kalo nak tangkap penjenayah rasuah ni kene tunggu siang?

lepas ni siap la... persatuan perompak2 negeri selangor mintak waktu untuk polis soal siasat hanya dari pukul 9 pagi hingga 5 ptg sahaja ye tuan2...

apa ra...

rasional la sikit...

Viva LA palestina...

pagi ni aku masuk ofis dengan impian supaya tak tertido time keje hari ni...
tengok news package wrap-up smlm ade story pasal Viva Palestina...

so... Ucapan Selamat jalan pada semua geng2 bernama yang pergi...

gud luck Mas & Mawa...

cuba tengok page nih...

http://www.vivapalestina.org/home.htm

Tuesday, December 1, 2009

ARGGHH!!!!

AKu bosan Pepagi nih...
Mengadap Rutin harian yang tak tau bile nak abih!!!

Thursday, July 2, 2009

...:::Sabar... sabar, sabar tu kan separuh dari iman. Nak yang best mesti kene banyak sabar...(",) :::...

Assalamualaikum...

" i just cant saY gudbye yet... "
mmmuuuaaahhh
atau aku yang masih lagi tak mampu terima kenyataan bahawa diri ini tidak mungkin diberi peluang buat kesekian-kalinya...

kenyataan yang sadis setakat ini ialah aku langsung tak dapat berhubung dengan dia...
mungkin...
sms x reply, call x jawab..
ketenangan aku sekali lagi jadi kacau bilau jap...
setahun sudah berlalu... namun aku masih macam ni...
huru hara... hahaha...

huhuhu... cam baru semalam aku kene tinggal...
ada yang kata move on lame dah... tapi aku tetap macam ni...
tak jumpa yang sesuai kot...
poyo argghhh...
lame lagi ke turn aku nak sampai...

ataupun... nak kene tunggu cam michael Jackson baru org nak tahu tentang kewujudan aku...

kan best kalo aku dapat baca apa yang dia fikirkan sekarang...
masihkah aku boleh diberi peluang? atau memang hatinya da total lost untuk aku raih... ish...ish...ish...bile la aku nak bosan dengan mende nih sumer...???

nasib baik ade Kerja & Paintball...
itu sahaja yang dapat mengalih perhatian aku dari sebarang masalah buat seketika...
aku sekarang tgh training... hahaha... jadi pemain untuk disewa...
apa saja team yang ajak, aku join je... bagus untuk polish skill aku la...

Rest In Peace...ZEALOUS

Wednesday, May 27, 2009

Teratai part II

aku akan buat konsert dia suatu hari nanti...

Saturday, May 23, 2009

...::Teratai::...




Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah

Sungguh cantik wajahmu
Sinar matamu bagaikan suria pagi
Setiap insan selalu terpikat
Memandang teratai bunga indah

Ku tak menyangka
Wahai terataiku sayang
Badai taufan mendatang
Menghembus dirimu
Engkau pun terkulai
Dan merunduklah layu
Tak berseri lagi

Oh tolong, lindungilah dia
Agar ku dapat bersamanya lagi
Ku inginkan terataiku sayang
Berseri seperti semula
Teratai bunga indah

Saturday, May 9, 2009

Morning...



Masa untuk selesaikan tugas penting...
Cari duit mau kawin...(",)

Monday, April 27, 2009

Lahirnya Seorang Penjual Kasut...

Lama dah aku nak bercerita tentang asal usul 'hiduppenjualkasut', hari ni baru ada keberanian ditambah sikap kerajinan untuk menaip ceritera sendiri...

cerita ini adalah cerita aku dan mintak maaf kalau ada persamaan dengan orang lain... rasanya sukar gak nak ada persamaan... mungkin.



aku mula berhijrah ke Kuala Lumpur awal tahun 2003... sepatutnya aku mula belajar kat MIIM Jan 2003, tapi tangguh jap.

aku tinggal di rumah paksu aku, disebabkan terlampau bosan dok rumah... aku pegi cari kerja kat klcc... susah gila masa tu sebab aku kurang fasih berbahasa Inggeris, mula la menyesal tak belajar rajin2 masa sekolah...
... tak dapat pon keje kat klcc...

aku beralih ke AlphaAngle Wangsa Maju plak... pusing2 satu bangunan aku tengok ade Vacancy kat kedai kasut... bukan main seronok lagi dapat kerja pertama, jadi 'Jurujual Kasut'... pedih dowh... hari-hari aku kene berdiri dari pagi sampai petang melayan pelanggan... nak dijadikan cerita, pada suatu hari aku begaduh dengan staf lain... terus aku resign... aku ingat lagi nama budak tu 'Wong'... bos aku boleh sebelahkan dia plak, ya la mungkin sebab dia boleh ingat semua jenis kasut & kat mana kasut tu disimpan. Masa tu aku masih dok terkial-kial nak bezakan jenis kasut lagi...aku sengkek gila masa tu...

balik je rumah aku mengadu kat pak busu, aku cakap nak cari kerja yang x payah keluar duit tambang, x payah keluar duit makan... tapi dapat gaji.

terkejut aku bila dia jawab "Ada"... sampai macam tu sekali peluang kerja yang ada di K.L ni...

Gila... pagi-pagi lagi aku dah kene bangun, bukan untuk sembahyang subuh... pegi angkat tong nasik lemak + sambal 1 kawah... hari-hari aku meredah kesejukan pagi atas lori dari Gombak sampai ke Tanglin, Tasik Perdana...
Bila kedai mula beroperasi, aku mulakan tugas sebagai Tukang Basuh Pinggan, sayu beb... ye la, biasanya aku basuh pinggan sendiri lepas makan. Tiba-tiba, aku kena basuh pinggan orang lain... beratus la aku rasa... silap-silap pinggan korang pon aku ada basuh gak kot... bayangkan, aku duduk mencangkung tepi longkang sambil membasuh pinggan ala-ala ceritra labu & labi... hari-hari aku nak nangis terkenang keluarga. Aku tak pernah berjauhan dengan diorang selama ni... Bayangkan sehari Gaji 10 ringgit. Besar la tu kot...


Suatu hari, aku tak tahan sangat kene buli dengan rakan sejawat membasuh pinggan + kerenah pelanggan yang sering membazirkan makanan... aku berhenti!!!
Serius, aku sedih jap terkenangkan kerja basuh pinggan tu... ada sesiapa kat sini berani kerja macam aku tu?

Sebelum mula belajar kat Kolej, aku ada masuk klas English... sebab taknak susahkan ibu aku bayar yuran lagi, aku buat keputusan untuk tinggal di rumah Mak Ngah aku pulak...

Ada cuti lagi sebulan untuk aku... terus aku pulang ke kampung halaman... tak tahan rasanya hidup berjauhan... Aku dah faham sedikit tentang susahnya cari duit sendiri... itu bahagian susah yang pertama... ada lagi.

sesungguhnya apa yang jadi kat aku banyak juga yang mengajar aku... aku tak macam remaja lain masa tu... tapi aku harus ingat, aku susah ada lagi yang lebih susah...

Karya Indah buat temanku....

aku petik dari karya insan bernama Usman Awang...

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

aku harap ZEALOUS begitu...

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

...masih meletak harapan

Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan

aku masih lagi mengharap...

...::Tak Hidup Dek puji Tak mati dek Maki ::...

Power Rangers....



speechless dowh...

25hb April 2009... aku dah stop main paintball

thanx to residentevilchef.com for da nice photo

sayu gak la...
pasal paintball... banyak benda jadi... pahit dan manis + pengalaman ajar aku gak dalam paintball... pasal paintball aku sedar aku pentingkan diri ke tak...
mungkin Allah S.W.T dah tentukan untuk aku berehat dan muhasabah diri... betulkan hidup dulu...

aku terfikir jugak... sepatutnya aku kene balance... family & paintball, kawan & paintball, cinta & paintball, kerja & paintball...

mulanya silap aku, sebab pikir dua2 boleh aku jalani sekali harung...

sebab zealous dah stop... aku x boleh salahkan paintball diatas apa yang dah ubah hidup aku... ada baik & buruknya... semua datang dari aku... sebab sepatutnya aku yang kawal...

aku tak boleh kata..."Ish... tak patut Zealous bubar, aku dah banyak korban dowh..."

hmmm... Apa yang aku korbankan pon? Hakikatnya aku tak pernah 'Balance'kan antara hidup & paintball.

aku perlu kembali jadi seorang yang 'normal'... tiada paintball lagi buat masa ni...

mungkin aku jadi fanatik sangat dengan paintball sebab... tu je Game yang aku rasa aku boleh main ( tak bley nak kata aku hebat sebab hakikatnya cara permainan aku dah semakin merosot)...

apa yang aku kesal ialah aku x bley kawal sikap diri... aku bagi contohl;

-aku sanggup pegi training sabtu ahad tapi xde masa jenguk family kat Johor...
-aku sanggup ponteng keje...
-aku sanggup tinggal awek, sampai awek tinggalkan aku... hehehe sensetif woo...

semua pasal silap aku sendiri...

betul jugak apa yang kapten aku suarakan..."Hidup korang bukan paintball je..."
ish... kenapa la ko tak sound awal2 aril...

oHH...
I'VE BEEN TRAVELIN ON THIS ROAD TOO LONG...
JUST TRYING TO FIND MY WAY BACK HOME...
THE OLD ME IS DEAD AND GONE...



Dead and gone - Justin Timberlake

Wednesday, January 21, 2009

.....:::Jawapan aku kalau aku ditempat Mr Phsyco:::...



soalan2nya....
1) "Dia" dah TAK SUKA KAT KO.TAK PAHAM-PAHAM LAGI???
2) If u think what u did is real 'JANTAN' & 'COOL'. well its NOT ok. itu SEWEL namanya.
3) SERIOUSLY 'Dimana Malu mu?'
4) Aku & the rest SANGAT MELUAT.
5) Blah la wey.Blah.


aku sebenarnya ade terbaca dlm satu blog nih...

Dan aku sengaja je nak tolong menjawab bagi Mr Phsyco nih... kesian gak la...

1) "Dia" cakap x suka... ok la aku paham sebab dia cakap dalam bahasa melayu... lain la dia ckp bahasa tamil... :p
2) Aku x pernah nak rasa 'Jantan' @ 'Cool' atas apa yang aku buat untuk 'Dia'... aku buat atas dasar... aku memang nak buat... sbb barangkali sebelum ni aku xpernah buat apa2... jadi, biarlah digelar sewel pon... sebab jarang lelaki normal rajin buat camtu... Boyfren ko ade buat mcm tu? :p
3) SERIOUSLY...kenapa mesti malu...?
4) Kau & the rest Sgt Meluat??? apa pentingnye Korang? Meluat la semahu kamu...
5) Aku pasti akan blah... tapi aku bukan blah untuk puaskan hati kau... aku akan blah bile aku nak blah...

ha... amacam? itu contoh ye... PERHATIAN... contoh jawapan mr Phsyco...


p/s: kan lebih baik mencuba dari terus putus asa...

hey Fuck You... Jeles la tu...

dey ko jgn sibuk2 masuk campur urusan org!!! Fuck off!!!
(ish!!! Addy sabar...)
ko jelous eh...:p
OPSS!!! AKU LUPA LA... ko poyo...wekkk...

beb mesti ko jarang dengar ayat ni kan... n ko x pernah akan terima ayat ni...

Bos aku pesan... Sabar... Orang Sabar Akan Menang... Cuma tak tau bila... aku pon x sure...
Apa pun tu semua urusan tuhan... so mane ko nak lawan...
Aku ni mencuba je... Tuhan suruh aku mencuba...
tapi, kalau kau sibuk2 nak suruh aku berhenti mencuba... maknenya ko nih... Bongok!!!
aku tau la tahap bila aku nak STOP

Belajar bersabar beb... (sbb aku pon tengah belajar...)

p/s: aku dah buat salah... dan aku masih mencuba untuk tebus kesalahan aku... bak kate xuli... kan best kalo ade button backspace dlm idop nih...